Monday, January 31, 2011

Stock Collection Notice & Ordering Suspension During CNY

Customers are advised to call our branches for stock reservation and collection based on the schedule below:
Gold Product

Purchase Order Dated

Stock Collection Period

1st Feb – 6th Feb 2011
10th Feb – 12th Feb 2011
7th Feb – 13th Feb 2011
21st Feb – 26th Feb 2011
14th Feb – 20th Feb 2011
28th Feb – 5th Mar 2011
21st Feb – 28th Feb 2011
7th Mar – 12th Mar 2011
Silver Product

Purchase Order Dated

Stock Collection Period

1st Feb – 6th Feb 2011
10th Feb – 12th Feb 2011
7th Feb – 13th Feb 2011
21st Feb – 26th Feb 2011
14th Feb – 20th Feb 2011
28th Feb – 5th Mar 2011
21st Feb – 28th Feb 2011
7th Mar – 12th Mar 2011
Note :
i) Customers MUST call our branch for stock reservation before any collection.
ii) Due to the security reason, Stock Collection only allowed during office hours, all collection after 7pm will not be entertained.
iii) To make the process faster and smoother, customers are encouraged to make full payment through bank before stock collection.
iv) Original bank-in slip MUST be provided upon stock collection.
v) New Dealers are advised to get familiar with the stock collection method and don’t hesitate to seek for the assistance from their Master Dealer if they have any doubt.



Ordering Suspension during Chinese New Year


Due to the production shut down on 2nd Feb to 6th Feb 2011 for the celebration of Chinese New Year, we will suspend the products below from ordering effective from 2nd Feb to 6th Feb 2011, dealers and customers will not be able to make any order during this period. However, the products that not listed below will not be affected, dealers and customers can make order as usual.

Products to be suspended from ordering
1) Public Gold Bullion Bar 20g (Au 999.9)
2) Public Gold Bullion Bar 50g (Au 999.9)
3) Public Gold Bullion Bar 100g (Au 999.9)
4) Public Gold Coin 50g (Au 999.9)
5) Public Gold 1 Dinar 4.25g (Au 916)
6) Public Gold 5 Dinar 21.25g (Au 916)
7) Public Gold 10 Dinar 42.5g (Au 916)

Analisa Pelaburan Emas

Saya ingin memberi satu contoh analisa keuntungan daripada belian goldbar salah seorang customer saya. Berikut adalah belian beliau :

6/3/2010
3 keping 100g Public Gold pada harga RM13,078 sekeping = RM39,234

19/3/2010
1 keping 100g Public Gold pada harga RM13,211.00 = RM13,211

20/3/2010
1 keping 100g Public Gold pada harga RM13,022 = RM13,022

12/9/2010
1 keping 100g Pamp Suisse pada harga RM12,700 = RM12,700

Kesemua jumlah pelaburan beliau adalah RM78,167.

Pada hari ini, 17/10/2010, sekiranya beliau ingin menjual goldbar tersebut, harga belian 100g Public Gold pada hari ini ialah RM14,563.

5 keping x RM14,563 = RM72,815.

Manakala harga belian Pamp Suisse pada hari ini ialah RM13,300.

1 keping x RM13,300 = RM13,300.

Jumlah jualan balik goldbar2 beliau (pada hari ini) ialah RM86,115.

Berapa keuntungan yang beliau perolehi?
RM86,115 - RM78,167 = RM7,948.00 !!!!

Jika dalam kiraan peratusan pulangan, ini adalah sebanyak 10% dalam masa hanya 7 bulan!!



Jika dikira berasingan, keuntungan daripada goldbar Public Gold sahaja adalah sebanyak RM7,348 iaitu 11% dalam masa 7 bulan.

Daripada kiraan Pamp Suisse pula, keuntungan beliau adalah RM600 iaitu hampir 5% dalam masa hanya 1 bulan!!!!

Nah, sekarang anda fikir sendiri & nilaikan apakah masih menaruh harapan pada ASB yang hanya memberi pulangan 7% setahun (itupun jika anda tidak usik simpanan selama setahun) atau inginkah anda terus-terusan menyimpan duit/currency yang nilainya akan jatuh?

Jadilah pelabur yang bijak!! Kira & rancang masa depan anda sementara belum terlambat!

credit to http://bankemas.blogspot.com/

Realiti Sebenar Emas

Berkata benarlah walaupun ia pahit!

Ada satu kedai cat di Meru, Klang. Namanya Kedai Cat Boon Seng. Setiap hari, kedai dibuka seawal jam 8 pagi, tak seperti pesaing-pesaing lain, selalunya dibuka pada pukul 10 atau 11 pagi. Namun bukan waktu beroperasi itu yang ingin saya tekankan. Saban hari, kedai Boon Seng sesak dipenuhi pembeli sehingga ke malam hari. Saya sendiri pernah membeli cat di situ setelah saya membuat tinjauan harga di kedai-kedai lain, ternyata harga di Boon Seng lebih rendah. Lagipun, kedai Boon Seng menawarkan pilihan yang banyak, bermacam-macam jenama & kualiti. Barulah saya faham mengapa para pemilik rumah & juga kontraktor-kontraktor binaan memilih Boon Seng untuk membeli cat. Oleh kerana kedai tersebut menjual berbagai jenis (jenama) cat, pemiliknya tidak "bias" atau berpihak sebelah kepada satu-satu jenama sahaja. Mana yang elok dicadangkan kepada pembeli & mana yang kurang kualitinya, diberitahu awal-awal supaya kelak tidak pula disalahkan oleh pembeli. Neutral. Sedangkan di kedai-kedai lain yang hanya menjual hanya satu jenama cat, kebiasaannya hanya jenama itulah sahaja yang elok dikhabarkan oleh penjual.

**********************
Di sini, saya inginkan berkongsi perkara-perkara yang patut kita tahu untuk melabur dalam emas. Banyak di luar sana, kita diterangkan dengan maklumat-maklumat yang sebelah pihak sahaja, tanpa diberitahu tentang pelaburan emas secara menyeluruh. Kami mungkin bukan cendekiawan emas, tetapi ilmu yang kami ada kami kongsikan bersama supaya pembeli/pelabur boleh memilih dengan bijak & merancang pelaburan dengan lebih "terpandu". Ada beberapa ayat atau "statement" yang saya rasa boleh didangkal kesahihannya. Wallahu 'alam.

Kalau beli emas jenama lain, bila koyakkan sampul/sarung, nilai susut 25%.
Sebenarnya bukanlah nilai emas itu yang susut. Emas tidak akan susut nilai, itu hanyalah rekaan kedai2 emas sahaja. Ramai customer bila saya jumpa, takut utk beli Pamp, sebab katanya, ada orang beritahu, jangan beli Pamp sebab nanti bila nak jual balik nilainya ditolak 25%. Seolah-olah, emas Pamp tak bagus kualitinya. Sebenarnya, tidak ada masalah susut nilai dengan emas. Emas di zaman Firaun dengan emas di zaman sekarang, adalah emas yang sama yang appreciate nilainya. Apa yang customer perlu tahu ialah, sekiranya customer membeli emas di kedai emas atau di bank, JANGAN jualkan balik kepada kedai emas atau bank. Jual pada kami atau mana-mana agent pembeli emas yang dapat anda cari di internet ini. Carilah agent yang boleh beli pada harga yang tertinggi. Buat tinjauan harga. Situasi ini adalah untuk mereka yang sudah 'terbeli' emas di kedai emas. Untuk yang belum beli, saya nasihatkan JANGAN BELI DI KEDAI EMAS, kerana harganya mahal.




Beli emas yang mempunyai spread yang rendah.
Bergantung kepada jangka masa anda simpan emas tersebut. Kebanyakkan kita sudah sedia maklum, emas adalah untuk pelaburan jangka masa panjang. Saya selalu beritahu pada customer, sekurang-kurangnya 6 bulan untuk break-even & setahun untuk nampak hasil untung. Lebih lama, lebih tinggi untungnya. Namun, spread yang rendah sahaja bukan faktor utama bila membeli emas, lebih-lebih lagi jika kita memang berniat untuk menyimpannya dalam tempoh yang lama. Bagi saya, bila sudah break-even, spread itu menjadi tidak lagi penting. Melainkan jika anda beli emas hari ini, dan menjualnya sebulan kemudian, ya, carilah spread yang terendah. Yang lagi penting, beli emas pada harga yang rendah.

Syarikat P menjual emas dengan harga yang terendah.
Bila compare harga sykt P dengan harga di kedai emas, memang betul harganya murah. Tetapi, berkali-kali kita canangkan pada customer, jangan involve kedai emas bila nak melabur. Jadi, jangan bandingkan harga dengan kedai emas. Bandingkan harga antara dealer2 yang jual emas lain, yang ketulenannya sama dengan apa yang ada di Sykt P. Pelabur yang bijak akan membeli pada harga yang paling minimum untuk ketulenan yang sama, (kita compare Apple-to-Apple di sini). Dengan kemudahan teknologi internet sekarang ini, mudah sahaja. Google sahaja tentang emas di Malaysia, berderetlah website2, blog2 yang menjual emas untuk tujuan pelaburan. Facebook juga ada. Gunakan sebaik mungkin sebagai resource untuk anda mula berjinak-jinak dengan emas.


Emas naik 27-40% setahun.
Perkara ini telah saya huraikan dalam artikel yang terdahulu. Sila rujuk http://bankemas.blogspot.com/2011/01/past-2010-yang-enak-tak-enak.html .


Barang kemas tak boleh dijadikan pelaburan.
Ada betul,ada yang tak betul berkenaan perkara ini. Tak betul jika anda baru nak bermula, dan anda beli barang kemas di kedai emas. Dengan harga yang tinggi, ditambah pula dengan kos upah, agak kurang tepat pemilihan membeli barang kemas untuk dijadikan pelaburan. Tetapi, anda boleh jadikan barang kemas sebagai pelaburan, malah kadang2 boleh memberi pulangan yang lumayan sekiranya anda beli pada harga below market price. Sebagai contoh, anda beli surat pajak atau barang kemas yang dilelong di Ar-Rahnu. Anda hanya perlu call atau buat tinjauan harga pada agent2 pembeli emas di internet atau suratkhabar, dan anda tawarkan harga tersebut pada pemegang surat pajak tersebut. Kemudian, anda jual semula barang kemas itu pada harga lebih tinggi daripada harga belian anda & semestinya lebih rendah daripada harga semasa FGJAM atau harga di kedai emas. Untung dalam tangan anda!



Jika ada barang kemas, tolak dengan Sykt P & tukarkan kepada gold bar untuk keuntungan yang lebih.
Tak betul cadangan itu. Jika anda ada barang kemas, biarkan sahaja barang kemas tersebut, walaupun anda tak pakai. Simpanlah sebagai pelaburan, kerana emas tetap emas. Ia tetap naik harga. Buat apa anda nak kurangkan nilainya dengan jual pada harga beli & beli balik goldbar? Melainkan jika anda baru nak beli emas, barulah saya cadangkan anda beli goldbar. Barang kemas yang sudah ada, jangan dijual, jika anda tak perlukan duit.

Kalau beli PAMP, susah nak jual balik.
Kaji terlebih dahulu, betul ke susah nak jual balik Pamp tu? Sekali lagi, guna internet. Cari dealer2 yang boleh beli Pamp pada harga tertinggi. Saya sendiri beli balik Pamp. Dan kalau umur saya tak panjang, masih ada ramai lagi agent2 lain di sekeliling anda. Log-in & add saya di facebook "Bank Emas", ramai peniaga2 emas di dalam rangkaian 'friends' saya yang mana anda sendiri boleh berkenalan dengan mereka. Ok, senario ini ingin saya bentangkan untuk anda fikirkan. Anda beli goldbar dari Sykt P. Katakanlah Sykt P tutup, kat mana anda nak jual goldbar anda? Kalau jual di kedai emas, teruk anda kena potong harga nanti. Mereka akan ambil kesempatan lebih2 lagi bila tahu Sykt P sudah tutup. Akhirnya, anda terpaksa cari orang2 seperti saya, dan rakan2 saya yang dapat beli goldbar anda pada harga market. Betul, harga market kami tak se"transparent" seperti harga Sykt P, akan tetapi kami jual pada harga mungkin paling hampir dengan harga spot gold. Dan, inilah harga sebenar emas di M'sia.

Beli goldbar yang ada jenama terunggul, mendapat pengiktirafan di Malaysia.
Perlukah jenama dalam membeli emas? Jujur saya katakan, belilah jenama ayam sekalipun, emas tetap emas. Nilainya bukan bergantung pada jenama. Penjenamaan hanyalah untuk menghebahkan 'existence in the market', bukan sebagai faktor penetapan sesuatu harga. Jika anda bandingkan goldbar dalam kelas yang sama, carilah harga yang terendah. Jangan pandang pada jenama. Emas bukan seperti baju. Mungkin baju berjenama terkenal yang mahal harganya diperbuat daripada sutera yang tinggi kualitinya berbanding baju yang murah. Tetapi, emas 999.9 yang anda beli dengan saya contohnya, adalah emas yang sama yang anda beli di Sykt P yg juga 999.9. Jadi, mengapa anda bayar lebih? Lagipun, bila anda nak jual balik nanti, jenama itu tak dikira pun. Harga kami berdasarkan pada ketulenan emas tersebut. Bukan pada jenama, bukan pada rupa atau pada anugerah2 yang diterima pengeluarnya.

Ketulenan PAMP bukan 24K, cuma 23K. Rugi bila pajak.
Salah bila mengatakan ketulenan Pamp itu 23K. PAMP ada certificate yg disahkan oleh assayer yg dipertanggungjawabkan mengesahkan ketulenan PAMP adalah 24K. Dan PAMP pula tersenarai antara associates di LBMA (London Bullion Market Association). Boleh google pasal LBMA di internet utk keterangan lanjut.  Ok, jadi kenapa Ar-Rahnu Agrobank misalnya, mengatakan yang PAMP ni hanya 23K? Bukan 24K seperti yang tertera di Certificate of Authentication nya?

Telah saya terangkan, PAMP ini adalah cast bar. Bila ianya cast bar, fizikalnya tidaklah seelok minted bar, seperti produk Sykt P. PAMP ada lekuk-lekuk, calar-calar yang memang datangnya sebegitu kerana ia adalah raw material of gold. Bila masuk ke dalam densimeter di Ar-Rahnu, akan ada gelembung-gelembung udara atau air bubble yang melekat di gold bar tersebut, yang mempengaruhi ketulenannya. Karat emas di ukur melalui density atau ketumpatan, bila ia bercampur dengan ketumpatan udara yang terlekat di situ, ketulenannya jatuh sedikit. Ia boleh di atasi sekiranya officer tu menggoncangkan Pamp tersebut lama-lama dalam densimeter itu. Akan tetapi, senarionya adalah..officer itu kebiasaannya m-a-l-a-s nak buat kerja lebih. So, terbiarlah dalam Ar-Rahnu ketulenan Pamp sebagai 23K. Kes ini sama sahaja dengan barang kemas. Kebiasaannya barang kemas yang 916, bila masuk dalam densimeter, ia menunjukkan ketulenan yang lebih rendah. Ini kerana barang kemas yang bercorak pelbagai, dengan lekuk di & rongga di sana sini yang menyebabkan ketulenannya jatuh. Kalau kocak dlm air tu lama2, ia akan jadi 22K semula.

Ok, dari segi untung atau rugi bila densimeter tunjukkan Pamp 23K.
Saya ambil contoh harga pada hari ini. Pada hari artikel ini ditulis, (dah 2 hari tulis, sebab sibuk bersambung-sambung..hehe). Saya jual Pamp 100g pada harga Rm13700. Sykt P jual pada harga Rm14962. Beza di situ sebanyak Rm1262. (wowww). Saya pajak Pamp di Ar-Rahnu pada rate 23K, iaitu Rm157.50/g , so saya dapat 70% daripada jumlah pajakan, iaitu Rm11,025. Dan kalau saya pajakkan goldbar Sykt P di Ar-Rahnu yg sama, saya dapat rate Rm165.80/g, menjadikan jumlah yang saya dapat ialah Rm11,606. Lebihan hasil pajakan sebanyak Rm581 shj. Nah, sekrg anda boleh pilih, samada nak "rugi" Rm581 di Ar-Rahnu atau pun nak "bersedekah" lebih di Sykt P sebyk Rm1262..terserah kepada bijak akal masing2. :)

sumber http://www.bankemas.blogspot.com/

Citibank Gold Investment

Citibank baru melancarkan produk terbarunya iaitu Gold Investment
Sila rujuk http://www.citibank.com.my/english/investments/gold-investment-acc.htm

Saya akan membuat review mengenai produk ini di masa akan datang, secara umumnya, citibank menawarkan pelaburan emas dalam bentuk akaun, bukannya fizikal. Yang menariknya, citibank menawarkan dua jenis pelaburan emas:

1. Gold Investment Account (lebih kurang dengan bank lain)
2. Dual Currency account (anda boleh melabur dengan 2 jenis matawang - contoh harga emas berbanding USD dan harga emas berbanding MYR). Jika USD merosot, atau MYR juga mengalami perubahan, ia akan memberi kesan kepada pelaburan kita (secara negatif atau positif)

Citibank Investing in Gold

Discover the potential of gold.

For centuries, gold has been recognised as a global currency and an object of beauty. Today, gold has the potential to help you grow your wealth.
Why invest in Gold?

1. Store of Value: Gold has proven to be a good store of value, holding its value over the long term.
2. Hedge against Inflation: Gold has remained stable in terms of retaining its purchasing power. In contrast the real value of most currencies has generally declined over time.
3. Investment Diversification: Gold has low correlation with major asset classes
4. Protection from economic turmoil: Gold has proven to perform even in times of economic turmoil.

Investments made truly golden.

As a Citibank customer, you get to enjoy 2 innovative gold investments:
  • Citibank Gold Account
  • Citibank Dual Currency Account (Gold)

Both innovations provide you the benefits of a gold investment without the hassles and costs of physical possession. That’s not all. You are also entitled to invest via multiple currencies.


Citibank Gold Account
The benefits:
  • Easy access
    Use your investment as a hedge against inflation or as an alternative asset class
  • Hassle-free
    No physical delivery of gold or maintenance of a passbook. The account is reflected in your CitiOne statement
  • No additional costs
    No handling/management fees
  • Flexibility
    Enjoy multiple currency denominations against gold (USD/EUR/AUD)
How It Works
Citibank Dual Currency Account(Gold)
The benefits:
  • Earn higher interest rates with AUD, EUR or USD
  • Diversify into gold at a pre-agreed exchange rate
  • Wide range of Strike Prices to suit your risk appetite
How It Works
To apply for Citibank Gold Account / Dual Currency Account (Gold)  Click here



Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia (KFH Gold Account-i)

Pengenalan kepada Kuwait Finance House.

kuwait_finance_house_malaysia
Kuwait Finance House cawangan KL – Etiqa Twins
Untuk pengetahuan anda Kuwait Finance House Malaysia (KFH)  adalah bank yang menawarkan perbankan Islam.  KFH menawarkan produk-produk perbankan yang berlandaskan syariah.
Antaranya ialah akaun simpanan emas-i, akaun simpanan-i, akaun simpanan sementara-i, akaun pelaburan-i, pinjaman perumahan-i, pinjaman kereta-i dan pinjaman peribadi-i.
Anda boleh check kat sini untuk melihat produk-produk mereka:
http://www.kfhonline.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=1 

Pengenalan kepada KFH Gold Account-i.

kuwait_finance_house_gold_account_brochure
Akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh KFH dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i).
KFH Gold Account-i menawarkan emas fizikal kepada pelabur.
Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i  boleh mengambil emas fizikal on the spot ataupun boleh menyerahkan semula emas fizikal tersebut kepada pihak bank untuk disimpan. Tiada cas simpanan dikenakan.
Jadi, dengan adanya KFH Gold Account-i maka kini terdapat 4 buah bank di Malaysia yang menawarkan peluang pelaburan emas iaitu:
1. Maybank (syiling Kijang Emas dan Gold Saving Passbook Account)
2. Public Bank (Gold Investment Account)
3. UOB Bank (menjual emas fizikal)
3. Kuwait Finance House (KFH Gold Account-i)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KFH Gold Account-i maka anda boleh membaca di website KFH disini (klik sini)

Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.

KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi - daripada Turki.
KFH_goldbar_front_back
Gambar jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi
Jongkong emas ini memiliki ketulenan 995.0
Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia.
(p/s:  Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9)
 KFH_995_goldbar
Jongkong Emas KFH Gold Account-i mempunyai ketulenan 995.0

Harga Emas KFH Gold Account-i

 Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH.
Alamatnya ialah: http://www.kfhonline.com.my/
 KFH_gold_account
Daripada harga emas tersebut didapati spread diantara harga belian dan jualan adalah RM6 segram.
Selain daripada melihat harga emas, KFH turut meletakkan jadual waktu sembahyang bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya :)
Hehehehe… selain asyik tengok harga emas, diorang nak suruh kita tengok waktu sembahyang jugak :D

Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka akaun KFH Gold Account-i di KFH cawangan Kuala Lumpur di Etiqa Twins, Jalan Pinang, KL.  Hehehe.. excited nak mencuba.
So saya nak share dengan anda semua pengalaman ini.
kuwait_finance_house
Kebetulan waktu saya sampai kesana, saya sorang ajer customernyer.. so terus dapat layanan dari Pegawai KFH.
Mula-mula kena apply untuk bukak akaun saving. Lepas tu baru apply akaun KFH Gold Investment-i
isi_borang
Bagi akaun individu, anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.
Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun.
(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)
Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram.
Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.
Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal.
Jadi saya diberikan 8 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 3 keping)
8_gram_emas
Ini emas fizikal KFA Gold Account-i (5g x 1 pcs, 1g x 3 pcs)

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.

Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini untuk digadaikan ( in case nak rolling duit)
Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:
1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok
Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH.
Pergh… agak malang kerana kita tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu untuk mendapat wang daripada emas fizikal).
Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.
Walaupun saya mendapat emas fizikal, namun tak berapa excited sebab tak boleh nak buka sarung tu.. so confirm tak boleh nak pergi ke Ar-Rahnu jika nak pakai cash :(

Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).

Jika anda berminat untuk membuka KFH Gold Account-i, maka anda boleh membuka akaun tersebut di semua cawangan KFH di seluruh Malaysia.
Buat masa ini KFH mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Penang, Kelang dan Kuching sahaja. (Klik sini)
So bagi mereka yang tinggal di negeri lain maka susah lah sikit.
Daripada kajian saya, maka saya boleh membuat rumusan berikut.
smiley_good2
Kelebihan KFH Gold Account-i.
1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.
thumb_down
Kekurangan KFH Gold Account-i
1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya
    mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM5 (sederhana tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh
    membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.
p.s Jika anda mahu menggunakan teknik Ar-Rahnu bagi menjana keuntungan
    maka anda perlu membeli emas fizikal yang tidak dilaminate contohnya
    UOB gold coin, Syiling Kijang Emas dan emas Public Gold dan Public Dinar.

Kesimpulannya.

First sekali, tahniah saya ucapkan kepada Kuwait Finance House kerana menawarkan KFH Gold Account-i yang mematuhi kehendak syariah. Ia sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan emas.
Pelancaran produk KFH Gold Account-i ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa trend melabur di dalam emas telah mendapat perhatian institusi perbankan.
Bagi mereka ingin melihat perkembangan harga emas, anda boleh nampak dengan jelas trend kenaikan harga emas sejak 5 tahun kebelakangan ini menjangkau 2.58 kali ganda (kenaikan harga 38.49% setahun).
harga_emas_5_tahun
Ini menyebabkan sebahagian daripada bank-bank tempatan dan bank asing di Malaysia bertindak menawarkan peluang membuat pelaburan emas samada melalui emas fizikal ataupun akaun simpanan pelaburan emas.

credit to http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/kuwait-finance-house-malaysia-kfh-gold-account-i/

Wednesday, January 26, 2011

Kos Beli Rumah

Kos beli rumah perlu diambil kira selain harga rumah tu sendiri. Takut jugak hanya kerana tak cukup duit nak biaya kos beli rumah, 10% deposit atau 3% booking dikira hangus. Bajet yang secukupnya penting supaya pengalaman membeli rumah tak sepahit-mana. Huhu, Pahit ke? Mula-mula je sebab tak tahu apa yang nak di-expect. Lepas tu senang je.
Untuk kos peguam kalau beli rumah second hand, major items adalah

Stamp Duty untuk SPA (bergantung kepada harga belian)

- 1% untuk RM100,000.00 pertama
- 2% untuk RM400,000.00 yg seterusnya
- 3% untuk RM1,500,000.00 yang seterusnya
- 4% yang selebihnya
Contoh:
Bagi rumah yang dibeli dgn harga RM250,000
= (RM100,000 x 1%) + (RM150,000 x 2%) = RM4,000
Bagi rumah yang dibeli dgn harga RM900,000
= (RM100,000 x 1%) + (RM400,000 x 2%) + (RM400,000 x 3%) = RM21,000

Kos Guaman untuk buat SPA (bergantung kepada harga belian)

- 1.0% untuk RM150,000.00 pertama (min RM300)
- 0.7% untuk RM850,000.00 yang seterusnya
- 0.6% Untuk RM2,000,000.00 yang seterusnya
- 0.5% untuk RM2,000,000.00 yang seterusnya
- 0.4% untuk RM2,500,000.00 yang seterusnya
- Kalau lebih dari RM7,500,000 bergantung kepada budi bicara peguam, tapi tak boleh melebihi kadar 0.4%
Juga tambah 5% untuk cukai perkhidmatan
Contoh:
Kalau harga beli rumah RM250,000
= (RM150,000 x 1%) + (RM100,000 x 0,7%) + 5% = RM2,200 + 5%
= RM2,310
Kalau harga beli rumah RM900,000
= (RM150,000 x 1%) + (RM750,000 x 0,7%) + 5% = RM6,750 + 5%
= RM7,087.50

Kos Guaman untuk buat Loan Agreement (bergantung kepada jumlah pinjaman)

- 1% untuk RM100,000 pertama
- 0.5% untuk RM4,900,000 seterusnya
- 0.25% selebihnya
Juga tambah 5% untuk cukai perkhidmatan
Contoh:
Kalau pinjaman RM225,000; 90% daripada RM250,000
= (RM100,000 x 1%) + (RM125,000 x 0.5%) + 5%
= RM1,625 + 5% = RM1,706.25

Stamp Duty untuk Loan Agreement (bergantung kepada jumlah pinjaman)

0.5% daripada pinjaman termasuk kos guaman atau valuation jika ada




Contoh:
Kalau pinjaman 90% daripada harga beli RM250,000 tadi
= RM225,000 x 0.5% = RM1,125

Kalau pinjaman termasuk kos guaman untuk buat loan
= (RM225,000 + RM1,706.25) x 0.5% = RM1,133.53

Untuk bayaran ke lawyer, selain daripada di atas, ada juga small-small item like Bankruptcy & Land Search (RM30-50), Stamping (RM10 each copy), Printing (RM50-100), Miscellaneous (RM100-200) dan beberapa legal thingy (e.g. Deed of Assignement, Statutory Declaration etc) dalam RM50 each.
Untuk rumah RM250,000, jumlah kos SPA sekitar RM6,500. Untuk pinjaman RM225,000, jumlah kos Loan Agreement sekitar RM3,100. Total RM9,600. Banyak kan?

Namun begitu, you still have to pay valuer pulak. Tanpa valuation report, bank tak tahu officially berapa market value rumah tu. So, loan anda akan sangkut.

Skala untuk valuation report (bergantung dengan Market Value)
-1/4% untuk RM100,000 pertama
-1/5% untuk RM2 Juta seterusnya
-1/6% untuk RM7 Juta seterusnya
-1/8% untuk RM15 Juta seterusnya
-1/10% untuk RM50 Juta seterusnya
-1/25% selebihnya
(min RM300)
Juga tambah 5% cukai perkhidmatan dan sekitar RM200-300 untuk reimburseable macam printing cost, transport valuer tu etc)
Contoh? Maleh dah r nak kira. untuk rumah RM250,000, roughly about RM800
Semua kira-kira di atas ni harga sebelum discount. Untuk valuer boleh dapat RM500-600 untuk rumah MV RM250,000. Untuk lawyer, hehe, tak boley cakap. Sebabnya, lawyer fees kind of fix dan lawyer tu salah di sisi undang-undang kalau bagi discount ke customer. The way I see it, ini macam nak protect professionalism lawyer. So kalau next time your lawyer bagi discount, better keep your mouth SHUT.
Secara kasar, kos nak beli rumah sekitar 3-5% daripada harga rumah. In this case kalau rumah RM250,000, jumlah kos guaman & valuer sekitar RM10,000;betul-betul 4% daripada harga beli.
Harap2 sedikit sebanyak membantu la sesiapa yang plan nak beli rumah. tolong tambah atau komen jika ada kekurangan atau tak betul demi kepentingan kita bersama…

sumber: http://mysuperkids.net/kos-beli-rumah/

Tuesday, January 25, 2011

Promotion

PROMOTION!!





Terms & Condition

  • Purchase of 2 pieces of 250gm Gold Bar, automatically will become PG Authorized Priority Dealer to enjoy the 1.5% sales commission.
  • This promotion is open for all PG Customer and Public Gold Authorized Dealer.
  • Promotion period: 16th January 2011 to 30th April 2011.
  • All transaction can be using Normal Payment Purchase or Easy Payment Purchase (Allowed for 6 months EPP payment method).
  • All sales purchase must be in single receipt.
  • Public Gold reserves the right at its absolute discretion to vary, delete or add to all or any of the Terms and Conditions herein from time to time and at any time without prior notice.
For more enquiries, pls call 012-9508657 (Monday – Sunday).

Tetapi kalau dengan belian 2 x 250 gram anda dah jimat banyak. Jom kita buat pengiraan :

Harga terkini 250 gram Jongkong Emas ( 23 Januari 2011 ) = RM 37 538.00
Untuk jadi Priority Dealer anda perlu membeli 2 x 250 gram =  RM 37 538.00 X 2 = RM75 076 Sahaja
Berapa anda dah jimat ? Jom kita tengok untung tak ambil pakej ni : RM100 000 - RM75 076 = RM24 924
Anda dah jimat 33.2 % atau RM 24 924, banyak tu!

Tarikh Promosi dari 16 Januari 2011 sehingga 30 April 2011


Monday, January 24, 2011

Tips Jimatkan Interest Pinjaman Rumah Jenis Daily Rest

bab financing yang lalu aku ade bagi tahu antara bagusnya kalau term loan daily rest nie..

antara tricknya bayarlah rumah tu dua kali dalam sebulan. ianya sedikit sebanyak akan reduce interest loan anda.

but the real is pay dwi-weekly/nak lebih bagus. bayarlah dua minggu sekali=setiap 14 hari. bermaksud kalau anda perlu bayar rm1000 untuk loan anda. maka anda bayar setiap dua minggu sekali. iaitu 2 minggu pertama =500..then another 2 weeks 500. (14 hari sekali). so 4 minggu=rm1000..

dalam sedar tak sedar anda sebenarnya dah bayar extra 1000 setiap tahun..kalau loan ikat 30 tahun dah 30,000 extra tu. memang extremely reduce principle dan interest.

kalau bayar hari-hari lagi la.heee

well. sebenarnya apa yang berlaku..

setahun ade 365 hari..bahagi 14 hari (setiap pembayaran)= bersamaan 26 kali anda bayar loan untuk setahun.

26*500=13,000 banding bayar setiap bulan rm1000*12=12,000 setahun. kan extra rm1000 tu..dalam sedar tak sedar..

kalau rajin anda tick kat kalender la supaya anda lagi nampak ape yang berlaku..hee. em. tapi kalau anda fokus untuk reduce loan rumah anda. makanya pejam mata je..buat la gini...2 minggu sekali bayar..

well semuany ade pro and cons..buatlah ikut matlamat anda...

Cashflow is King!!

Kadang-kadang bila menulis, kadang-kadang lupa orang yang membaca ni datang dari banyak jenis latar belakang. Kawan-kawan blog saya kebanyakannya dah cerita pasal hartanah, emas, ODASB, loan ASB, FCPO.. uiihh.. baru saya perasan yang saya belum cerita pasal benda basic.. iaitu cashflow.. Cashflow is king..
Masa baru grad, mula kerja, ada siapa ke bagitau anda semua nak buat apa? Pengalaman sayalah, masa mula-mula kerja dulu lah, dapat gaji, pastu tolak sewa rumah, bil air, bil api, duit makan, topup henfon, duit mak ayah sket2, pastu adalah duit sket. Dah beberapa bulan kerja, ayah suruh beli keta, beli je.. walaupun taktau nak buat apa dengan keta tu.. Rumah sewa dekat dengan ofis, housemate pun everyday tolong drive kan.. jadi memang tak tau nak buat apa dengan keta tu masa tu.. Budget memang tight la.. Dan saya memang strict ikut budget saya, sebab saya sedar diri tak senang sangat.. Jadi masa tu kalau ada orang nak pinjam duit ke.. memang kira geramlah rasanya.. Merasalah hidup susah tu.. Tapi alhamdulillah hujung bulan adalah saving tu sket2.. tapi nak buat apa dengan saving ni.. Last2 bila ujung bulan duit lebihan tu buat makan kat tempat best2 sket..sebab tak tau nak buat apa.. Kenny Rogers pun saya dah rasa special sangat.. Sushi King ke Marche ke Tony Romas ke out of scope la, mahal sangat saya rasa masa tu.. Tapi sayang.. masa ni saya tak faham lagi apa tu dividen apa tu ASB.. saya ada baca buku Azizi Ali, tapi tak terjangkau pemikiran macamana nak buat investment hartanah ni.. downpayment insyaAllah kalau diusahakan boleh kumpul.. tapi bab installment bulan2 tu yang takde idea..masa tu tak faham lagi tentang passive income.. Cuma bagusnya saya tak kenal la apa itu credit card apa tu interest..
Tapi macamana kecik pun gaji saya masa tu, alhamdulillah, bab duit, hati saya agak tenteram. Pasal saya tahu, hujung bulan, saya masih ada duit lebih. Kalau ada kecemasan, duit yang sket tu bolehla saya gunakan. Saya masih cukup makan. Masih boleh bayar duit sewa dan duit bil dan duit kereta. Saya tak tau apa maksud cashflow waktu tu, tapi alhamdulillah, cashflow saya waktu tu agak sihat, walaupun beza gaji dengan belanja tu sikit je. Oh, ini cashflow positif rupa-rupanya.
Ada orang, gaji lebih lebih 1 ribu dari saya. Tapi sakan nak meminjam. Nak bayar duit kereta, duit sewa rumah, duit kad kredit. Duit itu duit ini. Kalau tak diberi, boleh berbalah. Macam kita yang berhutang duit dia. Siapa kata kalau gaji lebih hidup kita lagi senang? Kalau kita tengok sekeliling, ramai je orang, dulu, pangkat besar gaji besar, tapi bila berhenti je dari kerja dia tu, makan pun tak tentu ada, sewa rumah pun tak tentu bayar, duit kereta lagilah tah kemana. Anak-anak pun tak tentu makan tak tentu sekolah. Simpanan langsung takde? Betul ke orang kata bila besar periuk lagi besar keraknya? Saya enggan percaya kata-kata ni. Kalau kesenangan lah dicari, tapi takde ketenangan, nak buat apa ye? Bila saya dah banyak sikit membaca, baru saya tau cashflow ni cashflow sakit, income atau gaji tu kurang dari belanja. Oh rupa-rupanya ini cashflow negatif.
Dari cerita panjang-panjang ni, ada satu je saya nak simpulkan. Cashflow is King. Apa yang kita cari ialah cashflow positif. Kenapa cashflow tu King? Sebab cashflow nilah yang menentukan duit poket kita cukup ke tak untuk makan tiap-tiap hari (Secara hakikinya Allah lah yang menentukan). Inilah yang paling basic. Lebih basic dari simpanan.
Tak percaya? Beberapa soalan..
  • Mahukah anda ada duit berkepuk tapi setiap hari anda hanya makan nasi dengan kicap tanpa lauk?
  • Rumah berdozen dan emas berdinar2 tapi anak-anak tak pergi sekolah sebab tak cukup duit untuk isi minyak motor?
  • ASB penuh dari overdraf dan loan ASB tapi tak mampu bayar?
  • Aset berjuta tapi rumah kena sita?
Cashflow – patut menjadi satu persoalan utama sebelum anda mula – menyimpan, melabur, mengambil hutang, membayar hutang, menambah asset, membeli ‘mainan’, berbelanja, membina passive income dan side income, berniaga, hatta, memilih antara 2 kerja.
P.S: Macamana nak tau berapa income dan perbelanjaan anda? Gunalah kuasa pen – TULIS! Dan rajin-rajin pantau perbelanjaan anda.
P.P.S: Siapa-siapa yang belum membaca buku penulisan Robert Kiyosaki, sila-silalah rajinkan diri anda membaca buku beliau.

credit to: http://emasdantanah.com/blog/2010/03/11/cashflow-is-king/

Kisah emas 2011

  Trend sekarang ramai orang berlumba-lumba beli emas...lagi dekat2 tahun baru cina ni aku tgk dalam graf harga makin menjunam..jom tengok Graf dibawah...
14/1/2011

klu saper baca post kali nie mmg goyang..confirm nak beli emas cepat coz hari wekend emas tak di dagangkan...takut emas naik isnin nie...hahah pikir harga emas naik jer..turun dia tak pikir sgt... apa pun hati mau kuat mcm aku..hahaha coz azam tahun nie aku takan membeli emas sampai jun 2011 coz nak kumpul duit plak..plan nak beli tanah ckit.

actualy. dalam post kali nie aku nak citalah pasal EMAS jugaklah...tp bukanlah emas jenis dinar@waffer  tp lebih kepada emas perhiasan iaitu rantai, cincin,gelang dan loket...

Adakah ko sedar camner tokey kedai emas boleh pakai kereta mewah mcm BMW??

camner tokey kedai emas boleh kaya ehhh..sebab bila dia beli balik dengan penjual pihak kedai emas akan tolak 25% hingga 40% dari nilai semasa emas...alasan yang diberikan adalah 'use gold'..Emas second hand..padahal emas nie diorg dah gred kan emas tu...

                     Gred A - emas yang baru - keadaan tip top
                     Gred B - Emas design lama 
                     Gred C - Emas lama
                     Gred D - Emas rosak/patah

so harga diorg beli memang murah dan jika orang yang terdesak lagi tinggi diorg tolak..

Bagaimana pihak kedai emas buat utung tinggi plak???
ok camnie cakaplah emas yang diorg beli tu jenis Gred A.
harga semasa adalah RM 147 untuk 1 gram
berat emas 30 gram
30 gram x 147 = RM 4,410 ( harga semasa )

dan kedai emas dah ada prise dia sendiri(ikut kedai) iaitu dia hanya akan ambil
emas "usegold" nie 1 gram  RM 100 hingga 110 sahaja. bermaksud kedai amik untung 25% hingga30%..
kedai tak akan cakap dia nak tolak 30%...
biasalah klu cakap nak tolak 30% mcm nampak tinggi..tu yang dia cakap nak amik RM 110 jer tuk 1 gram...
so kedai akan amik emas tu dgn harga RM 3,000 sahaja ( untung RM 1,410).

lepas tu, kedai cuci2 ckit emas Gred A tu n jual semula dengan harga RM 147 ( RM 4,410 ) + upah tukang + upah disign + upah cuci + upah pengangkutan + etc..mybe emas tu dah jadi 5k

tu baru 1 onwer jual emas..klu 1 hari ada 5 orang jual emas...
so ko bayangkanlah sendiri betapa UNTUNG nya berniaga emas nie...

klu dah nama betul2 investor/peniaga Emas orang tak pikir jenis, bentuk, rosak/patah..sebab investor dah tahu yang di beli itu adalah EMAS bukan batu...

Perkara yang anda perlu tahu sebelum membuka akaun overdraft

Oleh kerana sudah ramai rakyat Malaysia yang sudah tahu teknik-teknik manipulasi kewangan dengan menggunakan kemudahan overdraf, maka bank-bank telah membekukan (tidak pasti sementara atau selamanya) kemudahan ini untuk individu.

Masihkah ada sinar untuk kita? Tentu sekali!! Tetapi rumit sedikit prosesnya jika dibandingkan dengan dahulu.

Anda mestilah memiliki sekurang-kurangnya pernigaan MILIKAN TUNGGAL dan mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

1- Mestilah ada cagaran. cagarannya ialah SIJIL ASB

2- Mesti ada daftar perniagaan..iaitu SSM MILIKAN TUNGGAL.(perkongsian/sdn bhd/koperasi adalah dilarang sama sekali) 
3- Mestilah ada lesen.. iaitu LESEN PBT (bukan lesen PKK/CIDB/MOF) lesen PBT ni hendaklah dipohon di pejabat majlis daerah/perbandaran/bandaraya tempat anda nak bukak perniagaan. sebagai contoh dalam daerah Sepang dan PBT untuk Sepang adalah MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.
Apa itu lesen PBT?

1) LESEN BENTUK KOMPOSIT
- lesen nie dikeluarkan kepada peniaga yang ada kedai, bangunan tetap
-mcm jual kasut, kedai baju, etc
- pihak Majlis bandaran akan keluarkan lesen ini apabila melihat premis kedai tersebut.

2) LESEN KEPADA PENIAGA BERGERAK
-lesen bergerak nie adalah peniaga yang menjaja secara bergerak gunakan Van, motor roda tiga,lori.
-biasanya motor roda tiga/ van2/ lori yang bergerak menjual barangan
-syarat kena cucuk kesihatan bagi yang berniaga makanan

3) LESEN PENJAJA STATIK
- lesen dikeluarkan kepada peniaga yang statik
- kedai makan yang dikhaskan oleh pihak majlis bandaran

4) LESEN GERAI TEPI JALAN
- lesen diberikan kepada peniaga yang menjual ditepi-tepi jalan gunakan stol yang diluluskan oleh majlis bandaran
- jual burger, pisang goreng, paw, etc
- kena cucuk kesihatan bagi yg berniaga makanan

5) LESEN IKLAN PERNIAGAAN
- lesen nie dikeluarkan pada perniagaan yang ingin pamerkan iklan di kedai seperti
kedai sukan maya, kedai rm 2, etc
Bank yang menawarkan OD:
1) CIMB
2) RHB
3) Maybank
 Setelah semua dokumen telah lengkap, sila ke mana-mana bank yang di atas untuk membuat permohonan, pastikan anda telah menukar pelaburan ASB ke bentuk sijil (boleh di buat di pejabat PNB)

Overdraft

OD atau Overdraft facility adalah sejenis pinjaman atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, car loan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di ‘standby’ kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan.
Ciri-ciri Over Draft (OD) :

1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (Guna cek)

2. Selalunya memerlukan cagaran samaada dalam bentuk hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit (FD) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB)

3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu jika anda masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis.
Kalau anda dah lama dengan bank tu, kedudukan kewangan baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. e.g anda letak Fixed Deposit RM10,000 mungkin dapat RM20,000 kemudahan OD.

4. OD boleh dipohon oleh pelanggan individu dan syarikat.

5. Persamaan dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.
Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :-
      Kadar faedah OD = BLR + 3
      kalau BLR semasa ialah 12% maka
      Kadar faedah OD anda = 12% + 3% = 15%
Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 15% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 18% (15% +3%)

Sila semak juga kadar faedah OD itu dikira bagaimana, sama ada:-
     1. Flat rate (Macam pinjaman kereta)
     2. Monthly rate
     3. Daily rate

Jenis-jenis rate diatas akan mengenakan faedah yang berbeza. Walaupun ketiga-tiga jenis kadar diatas adalah 7% setahun tapi pengiraannya berbeza. Yang paling mahal ialah Flat rate.

6. OD juga boleh digabungkan dengan Housing Loan – Sebagai contoh jika anda ambil pinjaman perumahan sebanyak RM100,000 dan anda dah bayar RM40,000 dan baki pinjaman tinggal RM60,000 maka bank akan bagi anda OD sebanyak RM40,000 tertakluk kepada nilai pasaran rumah anda itu. Ini bergantung kepada bank sebab bukan semua bank menawarkan pinjaman sebegini.

7. Nilai pasaran cagaran anda boleh memberi kesan kepada OD anda. Jika anda gunakan tanah anda untuk mendapat OD sebanyak RM100,000 tetapi di masa hadapan nilai tanah anda jatuh dibawah RM100,000 maka jika anda dah guna sepenuhnya OD anda maka anda kena selesaikan perbezaannya.

Contoh:
      1. Amount OD diluluskan – RM100,000
      2. Nilai pasaran cagaran – RM90,000
      3. Jumlah OD yang anda dah dan sedang guna – RM100,000
      4. Jumlah kena bayar serta merta kepada bank – Jumlah OD dah guna – Nilai cagaran
          = RM100,000 – RM90,000
Jika anda tak gunakan OD anda hingga maksima maka bank akan turunkan amount OD yang boleh anda gunakan itu.

8. Permohonan untuk OD agak sama dengan loan-loan lain terutamanya jika anda menggunakan cagaran dalam bentuk hartanah seperti rumah dan tanah. Jika anda gunakan FD anda atau sijil ASB dan hanya mohon OD sehingga 100% nilai FD atau ASB anda maka permohonan adalah lebih cepat dan mungkin boleh terus diluluskan oleh Pengurus Bank cawangan anda memohon itu. Ini kerana OD anda tu tidak mendatangkan apa-apa risiko kepada bank.
Untuk kemudahan OD yang dipakej bersama pinjaman perumahan anda mungkin tak perlu apply kerana ianya diberi secara pakej dengan pinjaman perumahan anda itu.

9. Kadar feadah OD akan dikenakan kepada jumlah OD yang anda gunakan sahaja. Jika tak digunakan tak ada feadah yang dikenakan.

10. Bagaimanapun kebiasaannya bank turut mengenakan Commitement Fee untuk jumlah OD yang tak digunakan. Ini adalah kerana walaupun anda tak guna lansung OD tu tapi bank telah pun ‘standby’ kan jumlah OD anda itu dan menunggu untuk anda gunakan.

11. Biasanya kadar faedah OD lebih rendah dari kadar faedah kalau anda gunakan kemudahan Cash Advance melalui Kad Kredit.

12. Kemudahan OD juga boleh mengelakkan dari anda mengeluarkan cek tendang sebab jika anda keluarkan cek RM10,000 tapi dalam akaun anda cuma RM8,000, baki RM2,000 yang tak cukup tu akan secara otomatik diambil dari klemudahan OD anda itu.
Kemudahan OD amat berguna jika kita manfaatkanya tapi jangan salah guna sebab sama seperti penggunaan kad kredit ianya boleh membebankan jika terlebih atau tersalah guna.
Kelebihan OD ni ialah ianya satu standby facility dan jika anda tak guna maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fee untuk maintain the facility dan jika anda sesak nak pakai duit maka anda tak perlu pening-pening nak pakai kad kredit atau lagi teruk pinjam dari Along.

Saturday, January 22, 2011

UZAR: Perbankan Islam, Wang Kertas & Back Door Riba

Perbankan Islam, Wang Kertas & Back Door Riba (Video)
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Benarkah bank Islam boleh menjadi ISLAM sedangkan ia bernaung di bawah sistem konvensional bank dan ekonomi? Bagaimana pula dengan penggunaan wang kertas dan tercipta melalui proses riba tentunya. Terdapatkah 'back door riba' dalam amalan perbankan Islam, disebabkan mereka mengambil untung yang lebih tinggi berbanding bayaran secara tunai?

Mengapa ulama Islam mengharuskan muslim untuk terus duduk dalam sistem kewangan Islam ini. Adakah mereka begitu 'kurang ilmu' sehingga tidak nampak keburukan wang kertas dan fractional reserve system?. Adakah anda begitu unik dan genius di dalam dunia ini sehingga nampak satu perkara yang gagal difahami ulama dan pejuang kewangan Islam di seluruh dunia? atau rupanya kita yang tidak nampak ada yang dilihat dan disasarkan oleh ulama sedunia?. Siapa yang kurang ilmu?
Dengarkan sedutan dari rancangan secara langsung rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pada 31 Dis 2010 sehingga 2 Januari 2011 yang lalu. Dengarkan secara realiti atau idealis dan fikirkan dengan amanah serta bersangka baiklah sebelum memenuhkan jiwa dengan pelbagai sangkaan buruk. Buanglah perasaaan hasad dan benci tanpa usul periksa dan memahami letak duduk situasi yang sebenarnya.
Janganlah sama sekali memotong-motong kenyataan yang diberikan dan memanupulasinya sehingga nampak buruk dan salah serta anti-usaha mengembalikan dinar emas.
Dengarkan secara adil betapa saya menyokong usaha mengembalikan matawang emas dan perak, namun juga menyokong usaha dan ijtihad ulama majoriti di seluruh dunia yang membenarkan perjuangan sistem kewangan Islam melalui sistem yang wujud hari ini.
Proses pemulihan berjalan secara beransur, selaras dengan kekuatan demand dan supply serta proses pengajaran ‘man power’ yang baru menceburi bidang ini. Proses pengajaran ini meliputi ‘bankers’, ‘lawyers’, ‘regulators’, ‘Shariah advisors’, politicians, administrators, ‘customers’ termasuk diri anda juga.
Disertakan tiga petikan video bagi memberikan sedikit ulasan InshaAllah beberapa video lagi akan menyusul dan perhatikannya di youtube. Inshaallah.


VIDEO 1





VIDEO 2






VIDEO 3





Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
22 Januari 2011

p/s: Sila nilaikan sendiri

Islamik Kah Perbankan Islamik?

Banyak maklumat baru yang saya perolehi dari seminar Riba' pada awal bulan lepas. Sebelum ini saya telah pun menulis artikel mengapa saya kata pinjaman perbankan Islam haram, dan dari komen-komen oleh pembaca, dapat di lihat pelbagai reaksi yang menyokong dan menentang. Apa yang membakar lagi semangat dan meneguhkan lagi pendirian saya ini (pembiayaan bank Islam haram) adalah apabila mendengar penceramah pertama dipersidangan tersebut Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan bahawa perbankan islamik itu "double" haram. Diikuti pula oleh Sheikh Imran Hosein yang bersependapat sedemikian. Pada hari kedua pula Dr. Aziuddin dari KUIS pula menyatakan perbankan islam "triple" haram. Disini saya ingin berkongsi maklumat dan mengajak rakan-rakan merenung kembali berfikir samada islamikkah perbankan islamik itu dengan amalan-amalan perniagaan yang mereka lakukan dan juga mengapa tokoh-tokoh dipersidangan riba' ini menyatakan sedemikian.

Perbankan Islam Menghalalkan Apa Yang Haram.

Didalam artikel saya sebelum ini, saya sudah pun memberikan sebab mengapa saya kata pinjaman perbankan islam itu haram, jika anda adalah pembaca baru dilaman blog ini, sila baca artikel tersebut beserta komen-komennya terlebih dahulu. Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan perbankan islam adalah dua kali (double) haram dan patut ditutup, kerana apa? kerana menurut beliau perbankan Islam telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba' dan mengaburinya dengan proses jual beli. Apa yang perbankan islam lakukan adalah menukarkan nama sahaja keatas urus niaga tetapi sebenarnya ianya adalah aktiviti yang sama iaitu riba' dan penindasan. 

Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan sekalian kepada satu hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa diakhir zaman dimana pengaruh dajjal telah bermaharaja lela, apa yang kelihatan amat berbeza dari realiti sebenar, baginda mengumpamakannya dengan air sungai yang sejuk dan juga api, apa yang kelihatan sejuk seperti air sungai adalah api yang panas dan sebaliknya, jadi mungkin apa yang dilihat suatu yang positif dari perbankan islam ini adalah sebenarnya api yang sedang membakar umat Islam yang terpengaruh dengannya? Tidak cukup hanya dengan mata fizikal dan ilmu dunia sahaja untuk melihat realiti sebenar di akhir zaman ini, perlu ada usaha lain untuk melihatnya.


Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.       Surah Al Imran 3:92

Perbankan Islam Juga "Mencipta" Wang Tanpa Sandaran.

Sebelum ke persidangan riba' yang lepas saya menganggap bahawa hanya wang deposit penyimpan didalam perbankan islamik sahaja yang akan dipinjamkan kepada peminjam, contohnya jika jumlah keseluruhan deposit penyimpan adalah 1 juta ringgit, maka hanya sejumah itu sahaja yang akan digunakan untuk membiayai pembelian untuk peminjam, akan tetapi apabila mendengar penjelasan dari pembentangan kertas kerja oleh beberapa panel dipersidangan ini, maka tiadalah lagi keraguan akan ketidak islamiknya perbankan islam itu pada diri saya. Didalam buku terbaru Real Money karangan Prof Ahamed Kameel Mydin Meera dari UIA juga jelas membangkitkan perihal aktiviti perbankan islam ini yang mana jelas bersekongkol dengan perbankan konvensional merosakkan keseluruhan masyarakat, hanya sebahagian kecil sahaja yang mendapat manafaat darinya iaitu pekerja dan pemegang saham bank tersebut (dan juga kerajaan dari cukai yang diperolehi). Asas perbankan konvensional dan islamik adalah sama iaitu mencipta wang baru menerusi pinjaman melalui sistem pecahan simpanan (fractional reserve sistem), perbezaannya adalah perbankan Islam menggunakan wang yang baru dicipta itu tadi untuk tujuan yang kononnya berlandaskan "shariah", majoritinya adalah melalui konsep ijarah yang mana pinjaman diberikan menerusi proses membelikan sesuatu aset bagi pihak peminjam dan menjualkannya kembali dengan harga yang berlipat kali ganda.

Lihat contoh berikut, katakan terdapat 2 rumah yang sama harganya katakanlah RM300,000 dibiayai dengan pinjaman dan pembiayaan, iaitu satu secara konvensional dan satu lagi secara "islamik" untuk tempoh 20 tahun, katakanlah kadar faedah adalah 6% yang mana digunakan terus oleh bank konvensional tetapi bagi perbankan islamik ianya juga akan digunakan sebagai asas perkiraan harga rumah yang akan dijual semula kepada peminjam. Kedua-dua bank islamik dan konvensional akan "mencipta" wang sebanyak RM300,000 melalui kira-kira perakaunan menggunakan sistem pecahan simpanan (fractional reserve system) dan wang yang baru dicipta ini bukanlah deposit dari penyimpan. Bank konvensional akan meminjamkan wang tersebut manakala islamik bank pula akan membeli rumah dan menjualkannya semula kepada peminjam 

Bayaran bulanan bagi kedua-duanya adalah RM2,149.29 (untuk memudahkan perkiraan, selalunya bayaran bulanan perbankan islamik lebih mahal dari konvensional) untuk selama 20 tahun. Perbankan Islam akan meletakkan RM515,830.59 sebagai harga jualan rumah tersebut kepada peminjam. Perbezaan sebanyak RM215,830.59 dikira sebagai bunga bagi perbankan konvensional dan keuntungan bagi perbankan islamik. Kedua-dua bank mencipta RM300,000 dengan hanya kira-kira perakunan akan tetapi keuntungan bagi pihak perbankan islamik telah pun tersedia. Supaya anda lebih memahaminya lagi mari kita lihat baki pinjaman selepas 10 tahun. 

Menerusi perbankan konvensional baki selepas 10 tahun adalah sebanyak RM193,594.77 manakala bagi pembiayaan islamik pula adalah RM257,914.80. Disini dapat dilihat akan perbezaan baki yang mana bagi perbankan islamik lebih banyak dari perbankan konvensional sebanyak RM64,320.03. Dan jika peminjam mahu menjelaskan pembiayaan tersebut pada masa tersebut, peminjam perbankan terpaksa membayar harga yang lebih kecuali mendapat ihsan diskaun dari pihak bank. Mungkin sebab itu jugalah hampir kesemua perbankan konvensional berlumba-lumba membuka bahagian perbankan islamik kerana mereka tahu ianya lebih memberi dan menjamin keuntungan. Mungkin ada yang berkata sekurang-kurangnya jika BLR naik peminjam perbankan islamik akan terjamin, ini tidak seperti yang disangkakan sebenarnya kerana keuntungan perbankan islamik sudah pun terjamin jika kita lihat dari perkiraan diatas. Perbankan islamik sebenarnya lebih menjaga kebajikan mereka sendiri berbanding peminjam dan ini yang gagal dilihat oleh kebanyakan masyarakat.

Masaalah terbesar sekarang ini sebenarnya lebih terletak kepada bagaimana wang pembiayaan itu yang "dicipta" "out of thin air" iaitu atas angin dan tidak berdasarkan suatu yang punyai nilai, hanya bersandarkan kepada janji peminjam untuk membayar balik. Jika RM1000 dipinjamkan pada kadar 10% setahun, selepas setahun RM100 yang dikenakan dianggap riba', bagaimana pula dengan RM1000 yang dicipta tanpa bersandarkan suatu yang bernilai dan secara automatiknya memberikan kuasa membeli tanpa risiko 10 kali lebih banyak dari riba' itu sendiri, bukankah itu riba' yang lebih besar? Ini yang wajib difikirkan semula oleh seluruh masyarakat lebih-lebih lagi oleh cerdik pandai islam yang menyokong perbankan islamik itu sendiri.

Pada pendapat saya, syariahnya perbankan islam itu hanya dilihat dari sudut hubungan antara pelabur dan juga pihak bank sahaja, manakala kebajikan pihak peminjam mahupun masyarakat samada sedikit ataupun tidak langsung diambil kira. Tidak kiralah samada bank islam membeli rumah dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi kepada peminjam ataupun bank konvensional meletakkan pembayaran pinjaman beserta faedah, dalam kedua-dua kes jumlah wang yang terpaksa dipulangkan kembali kepada bank oleh peminjam akan senantiasa tidak mencukupi kerana ianya melebihi jumlah wang yang dikeluarkan pada asalnya. Akibat dari ini masyarakat terpaksa bersaing sesama sendiri untuk mengumpul sejumlah wang yang mungkin bagi membayar balik pinjaman, contohnya jika 100 ribu dipinjamkan dan 110 ribu terpaksa dipulangkan, dari mana datangnya 10 ribu itu tadi? Ianya tidak wujud kecuali lebih banyak lagi pinjaman diberikan yang mana melaluinya wang baru akan dicipta. Apa terjadi apabila masyarakat terpaksa bersaing untuk mengaut sebanyak mana wang yang mungkin untuk membayar balik hutang yang berganda banyaknya dari jumlah asal? Masyarakat akan menjadi lebih pentingkan diri sendiri, kedua ibu bapa terpaksa keluar bekerja, anak-anak semakin terabai dan pelbagai lagi masaalah sosial. Pastinya anda seorang yang buta matanya jika tidak nampak keadaan ini berlaku kepada masyarakat kita hari ini? Bandingkan kemajuan masyarakat islam Malaysia khasnya dan sedunia amnya selama berbelas tahun perbankan islamik ini bertapak, adakah masyarakat islam semakin maju? Ya semakin maju meninggalkan Islam dan bukan sebaliknya.

Bagaimana pula dengan inflasi yang mengurangkan kuasa membeli masyarakat dengan penciptaan wang tanpa sandaran yang dilakukan oleh perbankan islamik ini? Bukankah itu satu penganiayaan dan penindasan kepada semua golongan masyarakat baik Islam atau tidak dan golongan manakah yang paling teruk merasakan bahana inflasi itu? Tidak lain tidak bukan mereka yang kurang bernasib baik terutamanya golongan miskin. Bagi yang berjawatan, berpangkat, punyai kerja tetap dan naik gaji saban tahun, itu tidak jadi masaalah. Sebab itulah boleh saya katakan kebanyakan mereka yang beriya-iya menyokong perbankan islamik ini adalah muslim dari golongan sebegini. Mereka tidak dapat melihat kesan sebenar tindakan institusi perbankan baik islamik atau konvensional ini kepada keseluruhan masyarakat. Maaf saya katakan mereka ini seolah-olah sudah dibutakan oleh keselesaan mereka sendiri.

Perbankan Itu Bukanlah Satu Perniagaan

Jika kita lihat pada pandangan kebanyakan masyarakat moden hari ini, rata-rata menganggap sistem perbankan itu adalah satu perniagaan tetapi tidak pada pendapat saya, ini adalah kerana dari penjelasan diatas tadi secara jelas ianya adalah institusi riba' yang di"halal"kan, oleh siapa?, oleh pemerintah hasil dari benih yang disemai oleh penjajah British sebelum memberi kemerdekaan fizikal, walaupun penjajahan kolonial itu telah lama berlalu namun sebenarnya negara dan rakyat masih dijajah secara halus, baik dari segi ekonomi dan juga jajahan minda. Walaupun ada contoh yang menyatakan terdapat individu Islam yang bertindak sebagai bank pada awal zaman kebangkitan Islam, persoalan yang patut difikirkan adalah adakah ketika itu wang kertas yang digunakan, dan juga adakah penciptaan wang baru menerusi kira-kira perakaunan diamalkan? Sudah tentunya tidak, jadi tidak bolehlah contoh tersebut diberikan untuk asas melabelkan bank sebagai satu perniagaan.

Perniagaan melibatkan risiko antara semua pihak, ini amat penting kerana dari sudut Islam itu sendiri, apa jua tindak-tanduk kita didunia ini mestilah menjaga kepentingan semua umat manusia baik secara langsung atau tidak dan inilah asas kepada tujuan ibadah dan juga perundangan islam. Adakah wujud risiko didalam sistem perbankan? Apabila disebut risiko didalam perniagaan bank ini, selalunya dirujuk risiko antara pihak bank dan juga pihak pelabur, pihak pelabur menanggung risiko akan keupayaan bank untuk memastikan keuntungan dari pelaburan mereka, bagaimana pula dengan risiko kepada peminjam? Ambil contoh projek perumahan terbengkalai yang risikonya hanya ditanggung oleh peminjam. Walaupun pemaju gulung tikar, bank akan tetap cuba memaksa si peminjam agar melunaskan wang yang telah pihak bank keluarkan (walaupun ia tidak wujud secara nyata, hanya kira-kira akaun sahaja). Jadi nampaknya tiada risiko bagi pihak bank dalam hubungannya dengan peminjam. Maka apabila risiko hanya ditanggung oleh satu pihak, kekayaan hanya akan mengalir kesatu arah sahaja. Pihak bank akan semakin kaya dan peminjam akan semakin miskin dan ini bukanlah perniagaan, buktinya lihatlah betapa gahnya bangunan milik institusi perbankan pada hari ini.

Salah satu sifat riba' adalah terciptanya keupayaan membeli (purchasing power) atau nilai tanpa mengambil apa jua risiko, maka apabila bank mendapat keuntungan dengan peminjam membayar balik walaupun barang tidak sampai ke peminjam contohnya kes rumah terbengkalai, ternyatalah bank mendapat keupayaan membeli (keuntungan) atau nilai tanpa risiko, maka ianya adalah riba'. Jadi proses contohnya rumah dibelikan oleh bank islam dan dijual semula pada peminjam hanyalah helah semata-mata, tujuannya tetap sama dengan bank konvensional iaitu mendapatkan "purchasing power" atau nilai tanpa mempunyai risiko ataupun risikonya dikurangkan seminimum mungkin. Hanya Allah SW sahaja yang boleh mencipta sesuatu dari sesuatu yang tidak wujud (create something out of nothing), bank mencipta wang menerusi kira-kira perakaunan iaitu menerusi pinjaman, bank tanpa mereka sedari (atau mungkin sedar) juga telah bertindak sebagai tuhan.

Tanpa sedar kebanyakan manusia yang meminjam dibank baik konvensional atau islamik menjadi hamba kepada mereka, manusia sepatutnya menjadi hamba hanya kepada Allah SW. Sistem ekonomi ini adalah perhambaan baru yang tidak kelihatan dikalangan masyarakat, pertamanya kerana sejak dari awal lagi ianya dianggap suatu yang normal (norma kehidupan), kedua kerana melalui sistem ekonomi ini banyak kesenangan dan kemewahan (nikmat dunia) dapat dikecapi dengan cepat contohnya tanpa perlu menunggu lama mengumpul wang manusia boleh mendapatkan barangan diluar kemampuan tunai dan ketiganya kerana tiada atau kurang pendedahan maklumat mengenai sistem perbankan itu sendiri.

Manusia yang diperhambakan ini rata-rata terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan, akan tetapi mereka yang bekerja keras itu tadi bukanlah sebenarnya penerima utama usaha mereka tadi tetapi sebaliknya pihak yang punyai keistimewaan memberikan pinjaman, pihak yang mencipta wang tanpa sandaran iaitu pihak bank. Amat malang sekali perkataan islamik pada bank tidak menggambarkan semangat islam sebenarnya berteraskan keadilan kepada semua umat manusia. Selama berbelas tahun perbankan Islam bertapak di negara kita adakah kualiti kehidupan masyarakat khasnya umat Islam semakin baik terutamanya iman? Kehidupan umat manusia akhir zaman hari ini kebanyakannya telah terjerumus kearah mengejar materialistik, ini jelas kelihatan dengan kecenderungan untuk mengejar wang dan harta, persaingan mendapatkan pekerjaan ataupun keuntungan dalam perniagaan, semua ini pula menjurus kepada masyarakat yang semakin tidak bermoral, semakin nipis iman, semakin kurang masa untuk keluarga, saudara-mara dan masyarakat yang mana ini pula menghasilkan generasi baru yang semakin hilang nilai moral, lebih terpengaruh dengan gejala luar dan sebagainya.

Ramai yang memberi alasan bagaimana bank boleh berfungsi jika mereka tidak mengambil keuntungan dari usaha mereka? Bagaimana hendak membayar gaji pekerja dan juga memberi pulangan kepada penyimpan? Untuk menjawabnya saya ajukan soalan, adakah bayaran yang dikenakan oleh bank setampil dengan usaha yang mereka lakukan? Adakah dengan hanya mencipta wang menerusi kira-kira akaun mereka berhak mengenakan bayaran berganda dari pinjaman yang diberikan? Pada pendapat saya perkhidmatan kesihatan yang sepatutnya diswastakan sepenuhnya dan khidmat bank dikendalikan oleh kerajaan dengan mengenakan bayaran perkhidmatan yang paling minimum. Hampir kesemua penyakit masyarakat moden hari ini datangnya dari stress, dan boleh dikatakan hampir kesemua stress ini datangnya dari hal berkenaan dengan wang baik secara langsung atau tidak, jadi sekiranya punca stress ini diminimakan bukankah punca penyakit dapat dikurangkan? Ini menghasilkan masyarakat yang lebih sihat. Apabila manusia bebas dan tidak diperhambakan maka akan lahirlah generasi yang lebih cemerlang. Kebebasan adalah asas kepada kreativiti dan kreativiti pula asas kepada penghasilan idea dan produk baru yang mana akan kembali semula memberi manafaat kepada manusia itu sendiri.

Melalui sistem perbankan ini juga kekayaan dengan mudahnya berpindah dari pihak yang mempunyai keistimewaan atau kuasa untuk mencipta wang tanpa perlu membanting tulang. Lihat senario ini, apabila peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman contohnya pinjaman rumah, apa tindakan yang akan pihak bank lakukan? Mereka akan mendapatkan perintah mahkamah untuk merampas rumah tersebut. Bank yang pada asalnya mencipta wang hanya melalui kira-kira akaun akhirnya menjadi pemilik harta yang sebenar, bukan lagi wang yang bersandarkan hutang. Apabila rumah itu dilelong, bank kemudiannya akan punyai wang nyata iaitu tidak dicipta melalui hutang. Amat malang lagi jika rumah yang dilelong tidak cukup membiayai baki hutang, jika peminjam punyai tanah, tanah itu juga akan berpindah milik kepada bank akhirnya. Ini bermakna bank dengan hanya menaip data kira-kira didalam sistem akaun bank lama kelamaan akan menjadi "raja" yang berkuasa. Menerusi mekanisma perbankan inilah kekayaan berpindah secara bathil, penipuan menerusi muslihat yang tidak kelihatan oleh pemikiran yang tenggelam dengan hiburan muzik, filem, permainan video, facebook dan sebagainya.

Kesan buruk sistem perbankan moden hari ini tidak dapat dilihat hanya dari sudut yang sempit, hanya kerana memiliki pekerjaan yang tetap, gaji yang melayakkan untuk mendapat pinjaman, manusia merasakan tiada salahnya membayar sejumlah wang setiap bulan sebagai balasan kepada perbankan Islam yang telah membelikan rumah atau kereta bagi pihak mereka dan menjualkannya semula dengan harga yang lebih tinggi. Kesan buruknya harus dilihat dari sudut keseluruhan masyarakat. Pertamanya apabila kita meminjam dari bank, nilai wang akan semakin cair, dan ini yang dinamakan inflasi, keduanya jumlah wang yang terpaksa dipulangkan kembali kepada bank sentiasa melebihi jumlah wang yang telah dikeluarkan maka wujudlah persaingan, didalam sistem kewangan sekarang ini hidup manusia ibarat permainan kerusi musik, apabila musik berhenti (ekonomi jatuh) pasti akan ada yang kecundang (bankrap). Sebab itulah Allah sw mengishtiharkan perang terhadap riba' kerana kesannya adalah kepada keseluruham masyarakat dan bukan kepada satu individu sehaja.
Kemiskinan, segalanya berkemungkinan membawa kepada kekufuran.                         (Baihaqi dan Tabarani)
Lihatlah kesan buruk yang diberikan oleh inflasi, jika beberapa tahun dahulu simiskin boleh membeli sebungkus nasi lemak dengan 50 sen, sekarang terpaksa membayarnya dengan seringgit, bukankah ini satu penindasan, dan rata-rata simiskin adalah mereka yang paling teraniaya didalam sistem ekonomi moden ini kerana kurangnya upaya mereka untuk meminta gaji yang lebih tinggi (tiada kelayakan sijil, ijazah dll.) apatah lagi mendapatkan pinjaman dari bank (contohnya tiada slip gaji atau penyata bank). Simiskin ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah sedikit wang yang ada pada mereka nilainya semakin menurun, mereka juga tersepit antara persaingan pelanggan-pelanggan bank yang bersaing untuk mengaut wang sebanyak mungkin untuk membayar balik pinjaman kerana jumlah wang yang ada dalam kitaran sentiasa kurang dari wang yang terpaksa dibayar balik kepada bank. Apabila mereka sedar mereka semakin kalah dan semakin miskin, maka jalan akhirnya adalah mendapatkan wang tersebut secara paksa iaitu mencuri. Secara tidak langsung masyarakat sendiri yang mencipta pencuri, lihatlah kebanyakan kawasan perumahan sekarang ini terpaksa dikawal, siapa yang harus disalahkan jika bukan diri sendiri? Fikir-fikirkanlah pula rumah yang terpaksa dikawal itu adakah rumah yang dibeli secara tunai atau secara pinjaman? Tiada bezanya dengan penjara, cuba anda fikir-fikirkan, penjara dihuni oleh pencuri dan diluar penjara adalah orang yang dicuri atau teraniaya, didalam kawasan perumahan berpagar dan dikawal, didalamnya juga adalah "pencuri" dan diluar pula adalah golongan yang teraniaya. "Pencuri" yang saya maksudkan adalah mereka yang bersubahat bersama-sama dengan pihak bank menurunkan nilai wang kepada seluruh masyarakat dan yang paling menerima kesannya adalah simiskin menerusi penciptaan wang melalui pinjaman (fractional reserve system) dan juga menyebabkan persaingan didalam masyarakat berlumba merebut wang yang tidak pernah cukup dalam masyarakat,jadi siapa pencuri yang lebih besar sebenarnya?

Hanya riba' sahaja dosa yang Allah SW mengishtiharkan perang terhadapnya dan perumpamaan besarnya dosa riba' walaupun yang paling kecil adalah umpama berzina dengan ibu sendiri, kerana apa? Kerana ianya melibatkan seluruh masyarakat dan bukan hanya bank dan peminjam sahaja. Jadi melihat kepada kesan buruk secara halus kepada masyarakat yang dilakukan oleh perbankan Islam ini maka tiada bezanya dengan perbankan konvensional yang mengamalkan riba' secara terbuka.

Tiada yang percuma didunia ini, setiap nikmat yang dinikmati ada harga yang terpaksa dibayar, salah satu falsafah fizik kuantum adalah manusia itu sendiri mencipta realiti kehidupannya, malangnya rata-rata umat manusia tanpa sedar mencipta realiti kehidupan mereka itu dan menyalahkan insan lain apabila musibah berlaku kepada mereka, contohnya pencuri yang jelas kelihatan sedangkan mereka tanpa sedar dan secara halus mencuri nilai dari manusia lain dengan membantu menambahkan inflasi dan juga persaingan. Etika sebenar ekonomi Islam adalah kekayaan beralih dari golongan kaya kepada golongan miskin melalui zakat dan sedekah akan tetapi menerusi sistem ekonomi moden yang berasaskan riba ini jelas menyebabkan keadaan sebaliknya, dan ini jelas juga berlaku dalam perbankan islamik. 

Tidak guna mengemukakan masaalah tanpa cuba memberikan jalan penyelesaiannya, didalam dunia moden yang telah diselimuti oleh riba' ini teramat sukar untuk kita semua lari darinya, inilah yang digambarkan oleh hadis Nabi SAW akan debu atau wap riba' yang akan menimpa seluruh umat manusia. Pada pendapat saya langkah pertamanya adalah seluruh umat Islam wajib berusaha untuk kembali kepada penggunaan wang sunnah, iaitu wang yang punyai nilai sebenar (intrinsic value) seperti logam bernilai atau komoditi atau paling tidak pun wang kertas itu sendiri disandarkan dengan suatu yang bernilai. Penggunaan wang contohnya emas ini adalah untuk urusan harian dan bukan untuk simpanan semata-mata seperti yang dilakukan oleh masyarakat hari hari ini yang mana tentulah mereka yang bernasib baik dan mempunyai wang sahaja yang mampu membelinya. Apa guna menyimpan emas jika tiap ketika kita takut akan kehilangannya, bukankah berusaha mencapai keadilan ekonomi kepada seluruh masyarakat itu lebih patut diutamakan, barulah tidur malam lebih lena walaupun tingkap terbuka luas. Keduanya pula adalah mengembalikan kuasa mencipta wang kepada masyarakat dan bukan kepada sesetengah pihak sahaja iaitu bank, contohnya jika petani menanam padi, beras yang dihasilkan boleh menjadi wang baru samaada ianya ditukarkan dengan emas atau wang yang disandarkan dengan emas keluaran bank yang dikendalikan oleh kerajaan atau sebagai kemasukan debit didalam akaun kewangannya yang mana ianya akan digunakan oleh petani itu tadi untuk membeli barangan lain contohnya ayam dari penternak pula.

Persoalan seterusnya adalah adakah kerajaan yang memimpin kita pada hari ini berminat untuk melakukan perubahan kearah keadilan sosial ini? Pada pendapat saya mereka tidak berminat untuk melakukannya, kerana apa? Kerana saya tidak nampak pemimpin yang ada sekarang ini "nawaitu" adalah lillahita'ala. Rata-rata insan yang saya jumpa dan beriya-iya menyokong kepimpinan sekarang ini juga adalah mereka yang mendapat kesenangan dunia dengan sokongan mereka terhadap pemimpin mereka. Hanya pemimpin yang takutkan Allah SW sahaja yang mampu melakukannya dan bukan pemimpin yang takutkan isteri. Jika untuk memimpin isteri menjadi lebih soleh contohnya dengan bertudung pun tidak mampu, janganlah pula kita nak harapkan pemimpin sebegini untuk melakukan suatu yang lebih besar lagi kearah menyelamatkan ummah. Hanya sistem khilafah sahaja jalan penyelesaiannya. Demokrasi? Samalah juga dengan sistem perbankan ciptaan barat yang penuh penipuan, tiada demokrasi dizaman moden ini sebenarnya, yang ada hanyalah manipulasi menerusi kawalan minda dengan pengawalan media, pendidikan dan sebagainya.

Adakah Perubahan Boleh Dijalankan Dengan Mendadak?

Tiada tamadun yang terbina dalam masa setahun dua akan tetapi yang pasti semuanya bermula dari minda, dari kesedaran akan kebathilan dan juga keinginan yang kuat untuk berubah, moga insyaallah adalah hendaknya generasi baru yang akan sedar dan mampu melihat dengan mata keimanan dan apabila mereka ini bangkit menjadi pemimpin satu hari nanti insyaallah akan mampu mengubah dengan tangannya. Jadi buat masa ini apa yang boleh dilakukan? Tidak mampu dengan tangan maka dengan bersuara dan menyatakan ketidak setujuan dengannya, dan inilah yang cuba saya lakukan dengan artikel saya ini disamping berusaha untuk memberi kesedaran. Harap rakan-rakan juga berusaha bersama menjadi agen perubahan dengan menjadi penyebar ilmu, paling tidak pun ungkitkan perbincangan mengenai perkara ini kepada rakan-rakan yang lain bila ada kelapangan untuk berbual, bukankah tindakan anda itu ibarat menanam saham akhirat berbanding dengan borak kosong.

Saya juga telah pun bertaubat tidak akan lagi meminjam dari bank dan meminimakan sebanyak mungkin wang yang disimpan didalam bank kerana wang yang disimpan itu juga akan digunakan oleh pihak bank sebagai syarat simpanan (reserve requirement) untuk memberi pinjaman baru, ini secara tidak langsung bersubahat dengan pihak bank mencipta wang baru dan menambahkan lagi inflasi, beban yang kembali kepada diri saya sendiri dan juga kepada seluruh masyarakat. Mungkin akan ada yang merungut bagaimana nak hidup dizaman moden ini jika tidak meminjam? Saya sudahpun memberi contoh menyewa dan kemudiannya membeli secara tunai rumah dalam artikel saya yang lepas. Bagaimana dengan kenderaan? Nampaknya terpaksalah bersusah-susah dahulu dengan pengangkutan awam sebelum bersenang-senang kemudian akan tetapi dengan cara generasi baru yang rata-rata dibesarkan dengan kesenangan mudah (contohnya mainan semuanya tersedia dialam kotak dan tidak seperti generasi dahulu yang membuat mainan sendiri) dan kehidupan yang diselimuti kemewahan, maka tepuk dada, guna frontal lobe dan tanyalah iman.

Hidup didunia ini ibarat kita berjalan kaki pulang kerumah, perjalanan yang jauh dan sukar dengan panas terik dan hujan lebat. Sedang kita berjalan itu ada insan yang mahu memberi kemudahan menumpangkan kita dengan kenderaannya akan tetapi dengan syarat iaitu sebahagian dari kawasan rumah kita mesti diserahkan kepadanya. Kerana tidak sanggup bersusah payah maka kita pun bersetuju, lepas beberapa ketika tuan punya kenderaan sampai ke destinasi akan tetapi kita masih belum sampai dan kembali semula berjalan, keadaan yang sama berulang kembali dengan ada insan lain yang mahu menumpangkan. Lama kelamaan kerana kita mahukan kesenangan dan tidak mahu bersusah-payah, akhirnya rumah kita akan tergadai. Perbuatan berjalan kaki itu adalah kehidupan kita didunia ini, rumah yang dimaksudkan itu adalah syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SW bagi mereka yang kekal mengikut perintahNya dan insan yang memberi tumpang itu adalah syaitan yang memperdayakan manusia.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah Akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Surah Al Imran 3:185.
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
 Telah pun saya jelaskan sebaik mungkin dan terpulanglah kepada rakan-rakan sekalian untuk menilai, nilaikanlah ianya ikut akal dan bukan ikut rasa. Saya hanyalah penyampai yang mencuba sebaik-baiknya untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, apa yang saya harapkan adalah agar rakan-rakan dapat melihat perkara ini dari sudut keseluruhan kesan kepada masyarakat dan tidak hanya faedah kesenangan dunia kepada diri sendiri sahaja. Apabila saya melihat masyarakat kita semakin hari semakin rosak akhlaknya dan semakin nipis imannya, saya banyak berfikir mengapa dan hasil kajian dan penelitian, sistem kewangan dan perbankan baik islamik atau tidak inilah salah satu punca utamanya dan saya tidak mampu menahan diri dari lantang bersuara. Ribuan ampun dan maaf jika artikel saya ini mengguris hati sesetengah pihak, lumrah ubat itu pahit dan manis itu racun maka fikirkanlah. Moga kesedaran akan sampai jua akhirnya, insyaallah. Jadi Islamikkah perbankan islamik? Terpulanglah pada anda kembali untuk menentukannya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons